Rabu, 10 April 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Panglima ATM sangkal tuduhan PKR

Posted: 10 Apr 2013 12:50 AM PDT

Subang Jaya: "Pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ditugaskan menjaga keamanan bukan untuk menghuru-harakan negara," kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa Kor Risik ATM turut terbabit dalam rancangan menghuru-harakan program dijalankan parti berkenaan. Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Datuk Johari Abdul mendakwa kononnya menerima maklumat bahawa Kor Risik ATM diarah melatih Pemuda UMNO dan orang awam bagi melakukan sabotaj selain mengganggu program pakatan pembangkang.


Zulkifeli berkata, dakwaan itu tidak berasas dan menyangkal sama sekali selain menganggap dakwaan itu strategi pihak pembangkang untuk menyalahkan pihak tertentu khususnya ATM apabila berlaku huru-hara.

"Ia tidak betul. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mereka. Mereka sengaja mewujudkan kenyataan itu dan saya pasti ia rancangan mereka untuk menyalahkan kita (ATM).


"Perkara itu hanya strategi pihak berkenaan untuk menyalahkan ATM sekiranya ada huru-hara yang sebenarnya dirancang mereka," katanya dalam sidang media di Majlis Sambutan dan Pembubaran Kontinjen Malaysia ke-5 Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan (Malcon 5 ISAF) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang semalam.

Foto

ZULKIFELI (kanan) menyambut kepulangan Malcon 5 ISAF di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/10
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved