Harian Metro: Setempat |
Posted: Shah Alam: Selepas beberapa kekecohan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, Tadika Manjaku di Seksyen 8, di sini, pemiliknya bercadang mengambil tindakan mahkamah terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa apabila menyita tadika berkenaan 25 Mac lalu. Pemiliknya Monaliza Mokhtar, 43, berkata, dia sudah mengarahkan peguam memohon injuksi mengarahkan JKM membuka semula lak atau kunci di premis berkenaan bagi meneruskan operasi seperti biasa selain tidak mengganggu sebarang operasi dijalankan.
"JKM mendakwa pekerja saya tiada sijil asas asuhan kanak-kanak seperti dihebohkan sebelum ini, tapi itu semua tidak benar. Kebanyakan pekerja di sini sudah berkhidmat lebih lima tahun sehingga ada yang dianugerahkan sijil cemerlang.
PAGAR Tadika Manjaku yang dikunci JKM. "Saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman fitnah terhadap wanita itu kerana memfitnah Tadika Manjaku sehingga disenarai hitam," katanya. Sementara itu, peguam yang mewakili Tadika Manjaku, Mohd Fikah Sanusi berkata, pejabat guaman Haida Mohd Fikah& Partners sudah mengeluarkan satu notis kepada JKM supaya menarik semula tindakan lak terhadap Tadika Manjaku. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan