Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Jul 2013 09:13 AM PDT Kuala Lumpur: Walaupun masih membisu mengenai masa depannya, sudah ada desakan daripada barisan pemain meminta Paul Revington kekal memikul tugas sebagai ketua jurulatih skuad hoki negara. Bagi mereka, Revington perlu kekal kerana andai beliau meninggalkan tugasnya selepas saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia berakhir, bukan mudah bagi penggantinya menggalas tugas selepas itu.
Meskipun berada dalam senarai pilihan untuk mengisi baki slot ke Piala Dunia, ia masih tidak pasti kerana segala-galanya bergantung kepada lima kejohanan antara benua yang bakal berlangsung selepas ini termasuk Piala Asia.
Perkara sama diakui penyerang veteran negara, Chua Boon Huat yang begitu mengharapkan jurulatih berusia 39 tahun dari Afrika Selatan itu kekal membimbing pasukan.
Revington terus berteka-teki ketika ditanya mengenai keputusannya selepas berakhir saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru tapi beliau seolah-olah memberi petanda untuk kekal apabila menegaskan akan fokus terhadap saingan Piala Asia pula selepas ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/09 |
Posted: 09 Jul 2013 09:02 AM PDT London: Insiden seorang jurukamera cedera dirempuh tayar kereta Formula Satu pada perlumbaan Grand Prix Jerman, Ahad lalu memaksa supremo sukan itu, Bernie Ecclestone mengarahkan semua krew televisyen dan gambar tidak berada di pit sepanjang perlumbaan. Mekanik bertugas memakai topi keledar di pit tapi ada kumpulan yang tidak memakai peralatan keselamatan, termasuk media tapi dibenarkan berada di tempat sama sekali gus memaksa pihak bertanggungjawab mengetatkan prosedur keselamatan di litar perlumbaan.
"Mekanik berada di tempat kejadian dan tayar itu boleh terkena sesiapa saja di situ," kata Ecclestone.
"Semua yang berada di litar perlu memakai topi keledar," katanya. "Memang wajar kita menilai semula semua perkara berkaitan keselamatan." Sementara itu, ketua pasukan Red Bull Christian Horner yang pernah didenda kerana kegagalannya menyediakan peralatan keselamatan kepada ahli pasukan sependapat dengan Brawn.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan