Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Jul 2013 09:19 AM PDT Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mahu pembatalan penggunaan pemain pinjaman pada kempen Piala Malaysia bermula Ogos ini dijadikan isu memandangkan peraturan baru itu sudah dipersetujui semua pasukan sebelum ini. Setiausaha Agung Hamidin Mohd Amin berkata, semua 16 pasukan bertanding tidak dibenarkan mengambil pemain pinjaman berbanding sebelum ini apabila mereka boleh meminjam tiga pemain daripada pasukan lain yang tidak layak beraksi.
Sama ada sedar ataupun tidak, masih ada pasukan berhajat mengambil pemain pinjaman bagi mengharungi Piala Malaysia bermula 17 Ogos, antaranya pasukan kelab dari Terengganu, T-Team.
Hamidin Mohd Amin Empat pasukan lagi akan beraksi dalam perlawanan play-off esok iaitu Felda United menentang Pos Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil manakala Negeri Sembilan berdepan Sabah di Stadium Shah Alam bagi merebut dua lagi tiket bersaing dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/08 |
Posted: 08 Jul 2013 09:10 AM PDT London: Pengurus Crystal Palace, Ian Holloway tidak akan cuba mendapatkan semula Wilfried Zaha kerana mahu memberi peluang kepada bintang muda itu menikmati aksi di Manchester United. Pemain antarabangsa England berusia 20 tahun itu dibeli United Januari lalu sebelum dipinjamkan semula kepada Palace yang memenangi aksi play-off Liga Kejuaraan.
"Saya tidak pernah terfikir walaupun seminit untuk meminta David Moyes meminjamkan Zaha kepada kami," kata Holloway.
"Secara jujur saya merasakan pemain itu seronok apabila mendapat peluang bermain di United dan saya yakin dia akan tampil dalam skuad utama.
"Sir Alex Ferguson jarang melakukan kesilapan dan David Moyes pasti gembira apabila mendapati beliau mempunyai pemain berbakat, kerana dia mampu memenangi perlawanan pada tahap tinggi." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan