Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 08 Jul 2013 12:49 PM PDT Kaherah: Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki. Kejadian itu menyebabkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini. Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka. MOHAMAD menunjukkan kecederaan di muka dan badannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/09 |
Posted: 08 Jul 2013 12:49 PM PDT Bachok: "Saya melihat mangsa terkulai dan terketar-ketar menahan kesakitan. Saya cuba membantunya mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak sempat sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir," kata Mohamad Deris, 64, yang sempat melihat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di sini, Hashim Mat Zain, 43, nazak sebelum meninggal dunia akibat ditembak sebaik keluar dari sekolah tempat dia mengajar. Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, Hashim yang mengajar mata pelajaran muzik ditembak ketika memandu keretanya jenis Mercedes Benz keluar dari pintu pagar sekolah dipercayai untuk pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan. Mangsa dipercayai ditembak empat das oleh penyerangnya dengan tiga tembakan berkenaan terkena badan. Selepas ditembak, mangsa dikatakan sempat memandu keretanya sejauh kira-kira 300 meter sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebuah rumah di kawasan berhampiran sekolah. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk pengebumian. ANGGOTA polis memeriksa kereta dipandu mangsa. NUR Haziani bersama anak-anak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? kami juga menyediakan pinjaman akhir tahun, pinjaman untuk christmas pakej, tahun baru, seorang sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.
Catat Ulasan