Harian Metro: Arena |
‘Tiada alasan lagi’ Posted: 27 Dec 2012 09:11 AM PST TIADA alasan lagi buat pengendali skuad negara, Datuk K Rajagobal untuk menyatakan tidak mempunyai masa mencukupi dalam usahanya mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015. Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran yang cukup besar kepada pengendali berusia 56 tahun itu mengumpulkan pemain menjelang dua aksi awal kempen kelayakan pada Februari dan Mac.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media semalam berkata, pihaknya sudah melalui situasi itu pada setiap tahun.
"Bagaimanapun, kita ambil kira permintaan jurulatih kebangsaan kerana beliau perlukan banyak masa lagi untuk kem latihan pusat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28 |
Posted: 27 Dec 2012 08:59 AM PST ABU DHABI: Andy Murray percaya kejayaannya pada Terbuka AS berjaya mengendurkan tekanan ditanggungnya dan kini berazam untuk melakar lebih banyak kegemilangan pada acara Grand Slam 2013. Pemain nombor tiga dunia, Murray muncul pemain lelaki pertama Britain sejak 1936 memenangi kejuaraan utama apabila menundukkan Novak Djokovic untuk menjuarai Terbuka AS, September lalu, dan kejayaan itu muncul selepas merangkul pingat emas Sukan Olimpik.
"Dalam tiga, empat atau lima tahun lalu, ada tekanan kuat dalam fikiran dan saya berasa lebih rileks dan lega selepas menang Terbuka AS," kata Murray.
Fred Perry adalah pemain lelaki terakhir Britain memenangi Wimbledon pada 1936 dan Murray hampir melakukannya pada 2012 apabila layak ke final sebelum kecundang di tangan Roger Federer. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan