Rabu, 12 Disember 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tarik, jual, tarik

Posted: 11 Dec 2012 01:40 PM PST

KUALA LUMPUR: Tarik, jual dan rampas semula. Itu kaedah digunakan satu sindiket dianggotai kumpulan penarik kereta untuk menganiayai orang ramai dengan menjual kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Nissan Skyline dan Toyota Harrier dengan harga serendah RM40,000 hingga RM150,000.

Mangsa terlebih dulu dibawa melihat barisan kereta mewah berkenaan tanpa mengetahui ia kenderaan yang ditarik daripada pemilik asal selepas gagal menjelaskan bayaran ansuran dan nombor pendaftaran serta dokumennya sudah dipalsukan.

Kebiasaannya, mangsa termasuk pembeli kereta terpakai membuat bayaran secara tunai, namun selang seminggu kemudian, muncul pula individu lain daripada sindiket sama yang memaksa mangsa memulangkan semula kenderaan berkenaan dengan alasan ada masalah dokumentasi.

Sekiranya mangsa enggan bekerjasama anggota sindiket terbabit menggunakan kekerasan termasuk mengurung dan memukul mangsa sehingga ada yang parah.


Kegiatan itu didedahkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan isu pengguna, Mukmin Reach Out Management (MROM) yang berpejabat di Langkawi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/12



Keldai akaun terjerat

Posted: 11 Dec 2012 01:40 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan yang mahu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM30,000 dipercayai hasil kegiatan penipuan sindiket African Scam di sebuah bank di sini dicekup sebelum hasil soal siasat, polis menahan pula 17 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Thailand.

Sindiket terbabit dipercayai mendalangi kes penipuan melalui laman sosial yang menyasarkan lelaki dan wanita dengan menggunakan gambar individu kacak dan cantik sebagai umpan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, sindiket terbabit yang didalangi lelaki Nigeria dengan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar sudah mengaut keuntungan hampir RM400,000 melalui penipuan terbabit.

"Dalam empat operasi berbeza pada 4 dan 5 Disember lalu, seramai 19 individu berusia 22 hingga 44 tahun masing-masing seorang wanita tempatan, wanita Thailand dan 17 lelaki Nigeria ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.


"Kami menahan seorang wanita di sebuah bank di Taman Maluri ketika mahu mengeluarkan baki wang sebanyak RM30,000 daripada akaun syarikat miliknya," katanya ketika sidang media di IPD Cheras, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/12



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved