Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Jan 2013 01:07 PM PST Kuala Lumpur: Juara baru Grand Prix Final Kebangsaan, Misbun Ramdan Misbun (gambar) meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjalani latihan bersama bapanya, Datuk Misbun Sidek di kelab Nusa Mahsuri. Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai yang dihubungi mengesahkan hal itu dan berkata, Ramdan tidak menunjukkan tanda tidak puas hati sebelum menghantar surat untuk keluar.
"Dalam surat itu, dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan BAM atas alasan masalah peribadi." Justeru Chin Chai berkata, pihaknya tidak dapat menghalang Ramdan, apatah lagi selepas pemain itu tidak hadir menjalani latihan semalam.
Selain muncul juara GP Kebangsaan, Ramdan kini menduduki ranking ke-87 dunia.
|
Orbit de Futsal tawar hadiah lumayan Posted: 08 Jan 2013 12:55 PM PST Kuala Lumpur: Orbit de Futsal akan mengadakan kejohanan terbuka bertemakan perpaduan dan semangat setiakawan sempena pembukaan gelanggang itu pada 27 Januari ini. Pemiliknya, Nik Mohd Radzi berkata, kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan, RM6,000 dengan juara membawa pulang RM3,000 berserta piala, medal dan barangan sukan Figos.
"Kejohanan ini bertujuan merapatkan hubungan dan mengucapkan terima kasih. Justeru, saya harap semua pasukan yang dahagakan pertandingan sempena tahun baru ini menyertai kejohanan itu sebagai pemanas badan untuk kejohanan lebih besar seperti Karnival Futsal Harian Metro dan Hidup Bola Milo," katanya.
Selain beliau, Orbit de Futsal Segambut turut diterajui bekas pemain skuad Olimpik Barcelona 1992, Adnan Ibrahim.
Borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi web www.kelate.net/kejohanan-futsal-terbuka-orbit-de-futsal-segambut/. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan