Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Rekod konsisten skuad Bawah 23 Tahun negara kendalian Ong Kim Swee yang mencatatkan keputusan seri menentang Myanmar dan Laos sebelum ini disentap skuad kebangsaan Kemboja apabila tewas 1-3 dalam aksi persahabatan di Stadium Olimpik Nasional, semalam. Kekurangan komunikasi antara pemain membawa padah kepada barisan muda negara apabila melepaskan dua gol pada separuh masa pertama untuk membolehkan lawan mendahului selepas 45 minit pertama sebelum penyerang A Thamil Arasu merapatkan kedudukan pada awal babak kedua apabila menggegar gawang lawan.
Antara pemain yang pertama kali diturunkan adalah pertahanan kanan, Muhamad Hazwan Rahman selain ketiadaan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan terutamanya perancangan tengah yang juga kapten pasukan, Irfan Fazail.
Misi melakar hatrik pingat emas Sukan SEA di Myanmar pada Disember ini menjadi buruan Kim Swee selepas cemerlang mempertahankannya pada edisi 2011 di Indonesia. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07 |
Erat persefahaman alumni, mahasiswa Posted: Melaka: Sebanyak 32 pasukan remaja bersaing pada Kejohanan Futsal Terbuka Politeknik Melaka di gelanggang futsal Cheng, baru-baru ini. Kejohanan anjuran alumni politeknik itu menyaksikan pasukan Kampung Bahagia A dan B muncul juara dan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 serta hamper dan sijil penyertaan.
"Penganjuran bertujuan membentuk persefahaman antara alumni, mahasiswa dan remaja setempat mendedahkan bakat cemerlang dimiliki setiap pemain.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, Ariffin Aman berkata, program itu pentas pembentukan generasi cergas selain menjurus amalan gaya hidup sihat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan