Selasa, 26 Mac 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


'Maafkan anakanda'

Posted:

Kuala Lumpur: Bacaan teks 'warkah terakhir' karya anggota pasukan keselamatan yang berjuang menentang pengganas dalam Op Daulat membuatkan ribuan hadirin terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta keluarga yang menghadiri sambutan Hari Polis ke-206 di PULAPOL, di sini, gagal menahan sebak sebelum menitiskan air mata, semalam.

Bacaan teks berkenaan adalah sebahagian daripada slaid yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih sembilan minit yang menunjukkan rangkuman sepanjang Op Daulat dilancarkan.

Tayangan slaid berkenaan turut diiringi lagu patriotik dan alunan muzik yang bersesuaian.

Ketika warkah berkenaan dibacakan pengacara majlis dengan diiringi muzik sayu, hadirin bagaikan terpaku memberikan tumpuan penuh kepada kandungan teks yang ditayangkan di skrin besar di tengah padang kawad.

Foto

(DARI kiri) Hishammuddin, Najib dan Rosmah menghayati pengorbanan anggota polis yang berjuang di Lahad Datu.

Foto

BALU Ibrahim Lebar, Rosiah Dahlan memeluk anugerah yang diterima.


Apabila pengacara membaca 'Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia' ramai hadirin gagal mengawal kesedihan dan rata-rata mereka menangis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26

8 wira negara dikenang

Posted:

Kuala Lumpur: Semua lapan wira negara yang terkorban dianugerahkan pangkat secara Medan Posthumous dalam majlis sambutan sempena Hari Polis ke-206 yang berlangsung di Pulapol, di sini, semalam.

Anugerah berkenaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada balu dan waris pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah.

Ketika penganugerahan berkenaan dijalankan, suasana hening menyelubungi semua hadirin terutama keluarga wira negara tatkala melihat anak tunggal Deputi Superintendan Michael Padel, yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.

Antara wira negara yang terkorban bagi mempertahankan negara adalah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Michael Padel, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, Sarjan Sabarudin Daud, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Mejar Baharin Hamid, Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun, dan Sarjan Salam Togiran.

Foto

JABAH menerima anugerah daripada Najib, semalam.


Noor Aziah Noor, 28, balu kepada kepada pegawai VAT-69 yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Sabah, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat ketika ditemui wartawan berkata biarpun masih lagi bersedih atas kehilangan suami namun saya amat terharu dan bangga dengan pengorbanan arwah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved