Selasa, 26 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sita taska

Posted:

Shah Alam: Walaupun sudah menerima notis daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor kerana beroperasi tanpa lesen awal tahun lalu, seorang pengusaha sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Seksyen 8, di sini, tetap meneruskan operasi seperti biasa.

Pengarah JKM Selangor Nik Omar Nik Ab Rahman berkata, taska berkenaan sebelum ini sudah diarahkan tutup kerana beroperasi tanpa lesen sah selain mendapati pemilik taman asuhan berkenaan gagal mendaftarkan premis miliknya mengikut Seksyen 7 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.


Katanya, operasi penutupan taska berkenaan dibuat dalam Operasi Penutupan Taska yang dijalankan JKM dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pelajaran Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), semalam. Beliau berkata, notis penutupan sudah diberikan 22 Mac lalu, namun pemiliknya berdegil dan meneruskan operasi menyebabkan JKM terpaksa mengambil langkah drastik dengan menyita premis berkenaan.

"JKM sudah mengeluarkan notis tiga hari kepada pemilik taska mengarahkan mereka menghentikan operasi, tetapi pemiliknya berdegil.


"Oleh itu, JKM mengambil tindakan undang-undang berhubung isu pendaftaran ini selain untuk menjamin keselamatan 15 kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun yang dihantar penjaga masing-masing ke taska berkenaan," katanya.


Nik Omar berkata, selain tidak memiliki lesen, pekerja taska berkenaan juga didapati tidak memiliki kelayakan khas seperti sijil kemahiran asas asuhan kanak-kanak yang sepatutnya diperoleh daripada Persatuan Taska Negeri Selangor.

Foto

ANGGOTA penguat kuasa JKM mengunci taska terbabit, semalam.

"Pada mulanya, pengusaha mengaku sudah menghantar pekerjanya menghadiri kursus ini, bagaimanapun apabila pemeriksaan lanjut dilakukan, kami mendapati pekerja terbabit tidak pernah menghadiri kursus yang dianjurkan persatuan itu.


"Semakan rekod juga mendapati, JKM sudah memberi tiga kali peluang kepada pemilik taska untuk menghantar pekerja mereka mengikuti kursus sejak awal permohonan pemilik untuk membuka premis ini, tapi sehingga kini pemiliknya gagal memenuhi kriteria itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JKM Selangor, di sini, semalam. Sementara itu, pemilik taska berkenaan, Monaliza Mokhtar, 43, ketika ditemui mendakwa kerenah birokrasi menjadi punca utama premisnya tidak memperoleh lesen pendaftaran seperti dimohon sejak awal tahun lalu.

Katanya, walaupun sudah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pihak JKM dan MBSA, permohonannya masih tidak selesai sehingga memaksanya mengambil keputusan untuk meneruskan operasi walaupun tanpa lesen.


"Saya tidak bersalah, kenapa semua orang nak halang saya meneruskan perniagaan ini? Saya cuba untuk memenuhi syarat ditetapkan mereka, tapi mereka (JKM dan MBSA) seolah melambat-lambatkan proses.


"Sekarang saya sudah tidak tahu mahu buat apa. Saya hanya menunggu untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan semula perniagaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved