Harian Metro: Hati |
Posted: SEBELUM memilih pakaian pengantin yang sesuai, perhatikan terlebih dulu warna kulit, ketinggian serta bentuk tubuh bakal raja dan ratu sehari. Ini bagi mengelakkan tersilap membuat pilihan persalinan sesuai yang bukan saja mencacatkan penampilan di atas pelamin, malah akan menjadi buah mulut tetamu yang menyaksikannya. Bahkan penampilan yang ditonjolkan turut akan diabadikan dalam rakaman gambar untuk disimpan sebagai kenangan indah yang boleh diceritakan kepada anak-anak. "Jika bakal pengantin memiliki warna kulit yang gelap, sebaiknya pilih rona busana yang lembut seperti biru dan merah jambu berbanding mereka yang berkulit cerah. "Ini kerana pilihan rona kegemaran dan sesuai dengan ton kulit akan menonjolkan lagi kesempurnaan dimiliki pasangan pengantin ketika bersanding," jelasnya mengenai pemilihan tema sesuai untuk bakal pengantin. Tambahnya, bukan hanya warna saja malah ada sesetengah pasangan yang tidak tahu memilih gaun sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian yang dimiliki. Apabila pengantin perempuan memiliki ketinggian rendah, elakkan daripada memilih gaun yang mempunyai potongan kembang daripada bahagian pinggang ke bawah kerana ia akan menampakkan lagi kekurangan diri mereka. Berbanding pemilik bertubuh besar, fabrik keras lebih sesuai digayakan kerana ia tidak memeri dan menonjolkan lemak yang terdapat di bahagian tertentu tubuh. "Selain pemilihan busana dan rona sesuai, sering diperhatikan bakal pengantin gemar memilih tema warna yang sama untuk persalinan, pelamin, khemah dan pakaian ahli keluarga. "Penting di sini untuk anda memilih tiga warna berbeza untuk pelamin atau khemah, baju pengantin dan ahli keluarga agar keanggunan anda pada hari bahagia tidak akan ditenggelami dengan pilihan ton yang sama," tegasnya yang menjalankan perniagaan berasaskan perkahwinan secara dalam talian. Tambahnya, untuk sedikit kelainan, ada antara gaun pengantin yang direkanya akan ditambah dengan elemen perincian seperti labuci, manik mutiara dan batu swarovski bagi menonjolkan gaya mewah pasangan pengantin baru. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30 |
Posted: TAMPAK segar dan bergaya menarik dengan koleksi kaca mata menawan untuk musim bunga dan panas 2013 yang ditampilkan Emporio Armani. Bukan saja berfungsi sebagai pelindung tabir sinaran matahari malah kaca mata hitam juga bertindak menjadi pelengkap gaya buat wanita yang mementingkan penampilan sempurna.
Rekaan kanta moden ditambah bingkai daripada material getah memberi daya tarikan lebih unik apatah lagi dengan kerja tangan yang teliti. Untuk mengubah gaya digemari, rona yang ditampilkan seperti pastel dan warna metalik juga memainkan peranan dalam penampilan memukau.
Pemakaian kaca mata jenis ini memberi penampilan lebih kontemporari sesuai buat wanita yang mempunyai bentuk wajah bersegi atau mereka yang berani dengan gaya klasik. Berbeza bagi wanita yang gemarkan gaya feminin, rekaan dengan inspirasi daripada mata kucing sesuai buat mereka kerana reka bentuk bingkai di bahagian depan yang sedikit besar. Lebih selesa dan unik, terdapat juga bingkai yang menekankan penampilan material getah berwarna bagi memudahkan ia disentuh selain mengelakkan jari terkena di bahagian kanta. Bagi wanita yang mahu tampil elegan dan mewah, koleksi Giorgio Armani memberi ilham menarik untuk digayakan. Reka bentuk yang unik dan sentiasa memperbaharui sentuhan perekanya dipertingkatkan melalui pemilihan warna yang lembut atau semula jadi bersama perincian kristal mewah. Meletakkan elemen perincian kristal yang diilhamkan menerusi pemakaian kaca mata waktu malam gaya klasik , ia turut menonjolkan penampilan retro moden pada reka bentuk kanta. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan