Harian Metro: Setempat |
Posted: Subang Jaya: Tindakan seorang pengedar dadah melarikan diri daripada ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Tingkat 16, Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terjatuh dari balkoni kediaman itu, semalam. Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, suspek cuba bergayut dari balkoni tingkat 16 untuk ke balkoni di tingkat bawah ketika serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian pasukan berkenaan membuat serbuan hasil maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah di rumah itu.
ANGGOTA polis menutup mayat suspek. Menurutnya, polis mengumpil pintu jeriji itu dan menyerbu rumah berkenaan untuk menahan lelaki terbabit.
"Bagaimanapun, seorang suspek memberitahu polis seorang lagi rakan mereka melarikan diri melalui balkoni," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan