Harian Metro: Setempat |
Posted: Berpanas dan bergelap lebih empat jam. Itulah peristiwa tidak dapat dilupakan ratusan penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) tren penumpang Ekspres Senandung Langkawi yang terkandas di Stesen Keretapi Bukit Mertajam, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, tren 11 gerabak yang dalam perjalanan dari Hat Yai, Thailand ke Kuala Lumpur dikatakan mengalami kerosakan di bahagian gerabak janakuasa ketika mengambil penumpang menyebabkan kerja baik pulih terpaksa dilakukan. Lebih 300 penumpang dikatakan menggunakan perkhidmatan kereta api berkenaan ketika kejadian.
Wartawan Berita Harian, Nurul Farina Nazlan, 30, yang kebetulan menaiki tren berkenaan bermula di Arau, Perlis berkata, kereta api berkenaan tiba-tiba terputus bekalan elektrik kira-kira 20 minit selepas tiba di Stesen Bukit Mertajam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan